Wednesday, July 8, 2020

1st group run after long break

Assalammualaikum semua... 

Bersiaran lagi, nampaknya sekarang ni hanya mampu update entry sekali dalam sebulan. Seyes sis takde cerita menarik untuk simpan di sini. Routine biasa saja setiap hari, tiada perubahan pun. Cumanya sis rajin sikit la singgah rumah kawan2 semua as a silence reader. 

After long break, sis kembali berkumpul dengan kawan2 runner yang lain. Routine yang sangat diRINDUi. Every weekend memang ada run selepas dapat pelepasan untuk keluar jogging during MCO tapi tak berani nak berkumpul macam ni. Run sorang dengan berkumpulan sangat jauh bezanya, terutama sekali SEMANGAT. Nak build semangat yang HILANG lama tu memang susah. Walaupun MINAT tapi kalau SEMANGAT tak ada pun tak jadi jugak kan...tak seiringan.

Group ni dah start back activity since last week, setiap Monday and Wednesday night. Cuma baru hari ini sis dapat join, dengan semangat membara 😀 sampai tak sabar nak tunggu malam uolsss. Petang tadi hujan di Bandar Penawar, debar jugak takut hujan berpanjangan sampai malam tapi alhamdulillah, dipermudahkan.

Bila malam menjelma, berkumpul macam biasa. Tetap practice social distance from warm up, run and cool down. Mula dari 830pm and bersurai at 10pm. Good run, keluar peluh yang 3 hari terkumpul tanpa larian. Sebelum balik singgah 7 Eleven beli susu dan roti, untuk supper. Plan asal nak makan nasi putih dengan sup tulang (masa petang tadi la), tapi bila dah lepas lari rasa sebu perut. 

Hope malam ni dapat tido lena...da 💤    
  

 warm up
 run 🏃
group photo, ini kena rapat la kalau nak bagi semua masuk frame 😎

3 comments:

Junzie said...

Bestny ada aktiviti mcm nii..

Sis dtg singgah pagi 😉

Ujie Othman said...

betul, minat ada tapi takde semangat..tak jadi.
memang kena ada geng sama minat utk membina semangat.

Siti Yang Menaip said...

bagusnya ada aktiviti sihat macam ni..
saya sokong !!