Saturday, June 6, 2020

Idul Fitri 2020

Assalammualaikum semua...

Masih Syawal lagi, selamat hari raya na 🎆 Sungguhlah raya tahun ini berlainan rasanya, mengikut norma yang telah ditetapkan. Takde feel raya langsung, sungguh ni tapi pada saya yang betul betul mengikut terms yang telah ditetapkan. Untuk pertama kalinya beraya di KL, feel like ermmm #seronok ke 😕 

Perjalanan pulang dari Johor ke KL saja baru rasa nak raya, sebab perjalanan tu sendiri mendatangkan feel seolah olah balik untuk beraya. Tahun ni pun serasa tak banyak sangat lagi raya di putarkan di radio atau mungkin saya je yang berperasaan macam tu, entah 😟 

Mantai day, memang tak masak apa pun. Keluar rumah cari groceries tapi berderetan manusia menunggu giliran masuk, terus terbatal niat. Suami ajak cari daging 🐄, suka simpan daging fresh macam tu. Terdetik dihati nak buat sup tulang tapi takde rezeki, tulang manjang habis sebab ramai yang dah booked. Takpe, bukan teringin sangat tapi kalau ada nak jugak. Pusing sampai ke Gombak mencari tulang lembu, lebih kepada jalan pusing pusing bandar KL lepas gian gitu. Sebelum balik rumah, singgah beli sebatang lemang dekat area Kampung Melayu Ampang, sedap lemangnya. Beli sekali dengan rendang daging. Itu je hidangan 🍛 berbuka puasa akhir kami.

Pagi raya, masak nasi goreng. No makanan raya, No kuih raya, No baju raya but YES for solat raya. Life as normal routine, cuma sebelah petang saya kena masuk office sebab ada meeting. I is redo tahun ni, hari raya pertama pun kena hadap meeting. Masuk office dengan baju raya la, nak jugak feel tu. Mencari jugak baju yang masih belum di pakai lagi, tentulah ada. Sejenis yang suka membeli 📦 walau belum tentu bila pakainya. Dah kena dah waktu tak diduga, PKP ni masa yang paling sesuai selangkar balik apa yang 'tersimpan' lama tu. 

Selepas habis meeting, terus ke rumah abang di KD. Sudah buat appointment nak datang dinner malam raya pertama. Kakak dah buatkan nasi dagang, ketupat palas, nasi impit kuah kacang, rendang campur, rendang ayam pencen, some kuih 🍪 raya and kek 🎂 raya. So much foods she prepared to make me feel like home together with families. My God, syukur alhamdulillah. Walaupun boleh beraya bersama abang and his family saja tanpa others sibling, saya tetap dapat feel raya tu walaupun pun seketika tapi dah memadai. Aktiviti bergambar tu dah biasa, pasti ada 💕

Berakhir sudah raya 2020, cukup setakat sehari saja. Selebihnya duduk di rumah berehat dan pergi ke office meeting, cukup waktunya lagi pulang ke Johor semula. Sangat ala kadar raya tahun ini. Positive ya, tidak banyak perbelanjaan dan makin mengerti erti berjimat pada keperluan saja. COVID 19 ini benar benar memberi makna yang tersendiri dalam setiap kehidupan kita, terpulang bagaimana cara penerimaan masing masing. Aturan hidup juga turut berubah, bagi saya yang sangat biasa sendiri tidak memberi kesan yang terlalu besar dalam kehidupan. Berharap sangat COVID 19 ini cepat berlalu, cepat jugak ketemu penawarnya. Selamatkan ekonomi negara kita. Tahun ini bukanlah tahun untuk kita bergembira, banyak hati yang akan berduka dari segala hal yang berkait...Allah hu akbar, kepadaMU kami berlindung dan berserah .

Selit sikit sekitar suasana sambutan open house hari raya di tempat kerja tahun lepas. Photo area dah macam pelamin nikah 😅 

nasib sis selalu macam ni, kaler baju asyik sama dengan kaler pelamin 😆


 Akma AF retis jemputan



 kawan2 sis

internal kugiran, gunakan kebolehan mereka untuk memberi hiburan 

2 comments:

Warisan Petani said...

Salam syawal 1441H

Mrs. A said...

Selamat hari raya Aidilfitri dah 19 Syawal dah.
Raya tahun ni paling rilexs ttiada tetamu datang bertandang.