Sunday, May 17, 2020

Ketam Masak Lemak Tempoyak

Assalammualaikum...

Salam Ramadhan semua 💕

Ramadhan ke berapa...(tak tau), PKP ke berapa...pun entah dah ke berapa?!!! Bukan tak kira tapi dah tak terkira, atau lebih tepat ada banyak perkara lain yang perlu diambik kira sekarang ni demi untuk kelangsungan hidup 😡. Tinggalkan dulu kisah semasa, semoga kita semua dapat melalui fasa ini dengan sempurna. Tempoh untuk pulih seperti biasa akan memakan masa yang agak lama, semoga kita sentiasa redha dan bertenang hati sentiasa.

Hujung minggu lepas saya dapat pulang ke KL, bukan senang jugak untuk merentas negeri setiap minggu di musim PKP ni tapi bukannya payah jugak untuk pulang bertemu keluarga. Bila dapat peluang balik bertemu suami tu, dah kira cukup syukur. Saya selalu ambik peluang ini dengan memasak makanan dan simpan frozen. Kami suami isteri PJJ + musim PKP ni bukan mudah untuk suami keluar mencari makanan. Walaupun delivery banyak bersepah tapi knowing suami, dia takkan order makanan melalui delivery. Makanya bila ada peluang balik, saya akan sediakan makanan lebih untuk disimpan. 

Keluar beli groceries Jumaat pagi minggu lepas, top-up makanan kering apa yang kurang di rumah. Selesai membeli barang, terus balik. Singgah sekejab di Coffee Bean sebab teringin sangat dengan kek nya. Beli 2 slices dapat 1 slice kek free...alhamdulillah. 

Masak ketam kami hari itu, jumpa ketam nampak fresh geram pulak jadinya. Suami mintak ketam masak lemak letak tempoyak, okay kita ikutkan saja. Bukan senang dia nak makan ketam pun, jadi bila dia mintak tu bermakna dia nak makanlah nanti. 

Bahan-bahan;
  • Ketam - bersihkan dan belah dua
  • 4 sudu besar tempoyak
  • Asam keping secukupnya
  • 2 helai daun kunyit - potong sederhana 
  • 4 batang serai - ketuk 
  • Santan cair 
  • Santan pekat 
  • Serbuk kunyit - jika perlu
  • garam dan gula
Bahan kisar halus;
  • Cili padi 
  • Bawang putih 
  • Bawang merah 
  • Kunyit hidup

Masak santan cair di dalam periuk bersama serai, tempoyak dan bahan kisar. Kacau sebati dan masukkan ketam. Masak hingga mendidih dan ketam berubah warna. Masukkan santan pekat dan perasakan. Kacau sehingga kuah mula mendidih semula dengan api perlahan dan masukkan daun kunyit. Boleh tambah serbuk kunyit sekiranya warna kunyit hidup kurang menarik. Biarkan seketika dan padamkan api dapur. 




Saya terus masukkan dalam bekas berasingan macam di bawah ni untuk simpanan. Biarkan sehingga lauk betul betul sejuk baru ditutup dan disimpan dalam freezer. Dapat sebekas jugak saya bawa pulang ke Johor untuk juadah berbuka. Singgah kedai beli nasi putih dengan sayur saja.

4 comments:

Amie said...

Sedapnya ketam masak tempoyak! Daun kunyit tu penambah aroma, tambah tergoda selera!
Saya pun tak kira hari ini sudah berapa hari berpuasa!

Warisan Petani said...

Alhamdulillah, nampak sedap
Selamat berbuka puasa

adianiez AIDA said...

wow, sedapnya.
masak lemak tempoyak, new to me.
tq for sharing recipe ye :)

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/