Wednesday, February 3, 2021

Gulai Kambas

Assalammualaikum semua...

Hari ini nak masak sayur kambeh. Tau tak kambeh tu ape?!! Orang Negeri Sembilan panggil sayur kambas sebagai kambeh. Kiranya kalau duduk NS tapi panggil sayur ni dengan panggilan 'kambas' memang kena 'bahan' la 😁 Suami pulak panggil sayur ni peria, tapi pada saya sayur peria tu yang kita biasa panggil peria katak. Entah la, ikut orang jugak kiranya panggilan sayur ni ye. Janji 'kenal', itu yang penting.

Saya memang suka sangat sayur kambas ni, peria katak tu pun menjadi jugak kalau ada. Biasanya buat ulam makan macam tu saja, orang kata pahit tapi saya okay je. Agaknya lidah ni dah lali kut, takde deria rasa pahit 😂 Buat masakan pun okay jugak, suami pun suka jadi boleh dikatakan selalu jugak saya membeli 2 jenis sayur ni. 

Hari ini nak masak gulai kambas, lari lari ke dapur sementara melayan online meeting yang tak pernah habis sampai ke malam. Penat betul Work From Home ni sebenarnya...sapa setuju 😏

Bahan bahan;
Kambas
Santan
Air
Daun limau purut - carik
2 batang serai - ketuk
1 asam keping
Garam/bahan perasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar;
Bawang merah 
Bawang putih 
Cili hijau 
2 inci kunyit hidup 
2 biji buah keras
2 inci halia
1/2 sudu kecil ketubar - sangai dahulu

Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan air dan santan. Kacau sebati dan masukkan kambas. Renehkan sehingga sebati dan tambahkan daun limau purut, asam keping dan perasakan. Setelah mendidih, matikan api dan sedia untuk dihidang. 

Saya padankan dengan ikan masin goreng saja, dah boleh makan bertambah nasi 😃
 

5 comments:

Abam Kie said...

memang patut dimakan oleh pesakit diabetes. cuma abe kie x tahan rasa pahitnya tu...

Azhafizah MN said...

Sayur kambas sedap. Kalau mak mertua sebut kambeh, saya sebut kambas. So far tak pernah kena gelak lagi. hihi

Masak lemak atau tumis cili memang terbaik. Sedap pahit pahit dia tak sepahit peria.

Nina Mads said...

ohh gulai ni rupanya.. kt utara nama lain

Satta King | Sattaking said...

This is what i was looking for thak you for sharing this amazing post. keep on posting these kind of nice post. satta king has turned into a real brand to win more cash in only a brief span. Subsequently, individuals are so inquisitive to think about the procedure of the game. Here we have brought a few procedures that will help you in understanding the best approach to gain cash by the sattaking. Also find the fastest satta king result & chart online at Online Sattaking

Sattaking Records said...

Very nice information, it is valuable and useful to so many people. Thanks for sharing this topic.

Considerable Guidelines to be able to Acquire Black Satta King game Effortlessly! Significant Tips and Tricks to Win Satta King Game Easily!

Get Satta All Results:-

Satta King
Satta King
Satta King
Satta King
Satta King