Tuesday, March 30, 2021

Kisah musim durian

Assalammualaikum semua...

Sekarang ni musim nikah kawin, mementang kerajaan bagi sedikit kelonggaran dengan membenarkan majlis kawin berlangsung dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan. Tapi maaf lah, rakyat Malaysia sekarang ni kaya raya...setakat nak bayar saman tu rasanya takde masalah kot, yang pentingnya majlis kawin berjalan seperti yang dirancang...itu saja 😒 Kos kawin lagi mahal kan dari jumlah saman, apa ada hal. Kami rakyat marhain ni je yang sungguh sungguh jaga kendiri, tak mampu lah nak bayar saman mahal macam tu. Duit gaji banyak nak bayar untuk kelangsungan hidup. 

Nak curah perasaan tu je, sebab kesan dari kepentingan sendiri boleh membawa kepada kemudaratan orang lain 😫😫 

Seminggu dua ni suami teringin nak makan durian. Ada singgah gerai durian dekat2 kawasan rumah minggu lepas, durian pulak tak berapa sedap. Harga boleh tahan mahal, ye la kalau bukan musim pun tapi harga kenalah setara dengan kualiti isi durian sekali kan. Rasa menyesal pun ye jugak masa tu tapi dah makan, habiskan saja. Kalau buang lagi membazir. 

Sampai sekarang ni masih lagi teringin nak makan durian tapi rasa sangsi nak membeli. Ada jumpa durian 3kg RM20 tapi tak tersinggah pun lagi. Tahan dulu keinginan tu, tunggu saja durian di kebun sendiri berbuah. 

Teringat tahun sebelum COVID19 menyerang dunia, ketika masih bebas bergerak ke mana saja...balik kampung beramai2. Tujuan utama waktu itu untuk kutip buah durian. Durian tengah galak gugurnya, jadi berumah tangga di dusun selain dari tidur di rumah. Beginilah kami sekeluarga kalau musim durian/buah2an ni...

mana yang nak bermalam di dusun, tido dalam pondok dusun. lengkap semuanya, sampai tandas pun ada. setakat makan minum tu takde masalah, yang penting bahan2 nak memasak ada. generator pasang sampai keesokan hari, boleh charge phone segala. 

durian dikutip setiap masa, sebab pokok keliling pondok...boleh dengar buah yang jatuh. tengah malam pun boleh keluar menyuluh, pasti jumpa sebiji 2.


mana tak pernah duduk kampung yang jenis pendalaman tu, patut mencuba duduk di dusun macam ni. baru tau nak hidup macam mana. semua kena buat sendiri, takde orang nak sediakan.

boring tunggu durian, tukar aktiviti memancing pulak. setakat udang ikan memang boleh dapat punya tapi jangan sesekali mandi pulak di tepi sungai tu. air boleh tahan dalam dan sungai tu besar.

kalau musim durian, pasti semua menu harian berasaskan durian. makan sarapan nasi lemak pun ber lauk kan durian. pelik tapi sedap pulak, sedap sebab isi durian je. 

sebatang pokok durian yang penuh dengan buahnya. anak anak saudara sibuk berebut buah masing2. yang pasti kalau jatuh, semua merasa. dah tak tau sapa yang punya asalnya. 

orang orang kena ada, bagi menakutkan monyet dan beruk. walaupun 'mereka' tu dah pandai belaka, bukan takut pun. kena sediakan jugak mercun cina.

Bila lah musim durian nak kembali semua...😅

4 comments:

Warisan Petani said...

Sekarang ni luruhan durian luar musim
kualiti buhnya kurang baik kerana kemarau yang panjang baru2 ni

Ujie Othman said...

Seronoknya Ann...ada pondok dusun!
Teringin nak rasa pengalaman gini jugak.
Siap memancing pulak tu.

ct cheery said...

Best ada dusun Kan

Azhafizah MN said...

Seronoknya ada dusun. Feel dia lain macam kalau dapat makan durian dari dusun. Durian fresh gugur tu sedap :)