Wednesday, May 19, 2021

Suasana Sepanjang Lebaran 2021

Assalammualaikum semua...

Salam Eid Mubarak kepada semua. Semoga hari raya kita kali ini lebih bermakna untuk semua. Tahun ke dua kita dalam fasa PKP. Saya dan suami memang sudah siap siaga dengan keadaan ni. Cukuplah asal dapat beraya bersama dari seorang diri saja kan. Tiada juadah hari raya pun untuk kami berdua, semuanya beli saja pada malam raya. Beli ketupat, kuah kacang, rendang daging + ayam dan lemang. Ada juga beli daging pagi mantai tapi tersimpan sampai hari ini, mood nak merendang belum sampai lagi 😀 

Petang hari raya dapat call dari kakak di Lenggeng, ada kiriman juadah hari raya dari mereka thru anak saudara yang akan balik ke Cheras pada malamnya. Keluar la kami pegi ambil makanan. Merasa jugak juadah nasi dagang, nasi minyak, rendang campur dan lemang. Mujur tak masak kan 😁Juadah yang sama juga kami dok perangat sampai raya ke 2.

Raya ke 2, dapat perkabaran dari sepupu di Seremban. Bantuan pernafasan sepenuhnya untuk makcik akan di cabut dan semua keluarga diminta bersedia menerima sebarang kemungkinan. Makcik disahkan stork pada hari ke 3 Ramadhan yang lepas dan tidak sedarkan diri sepanjang tempoh itu. Beberapa kali keadaan makcik berada pada tahap paling kritical tapi alhamdulillah masih survive. Cuma perancangan Allah lebih baik dari segalanya, makcik telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat, 3 Syawal yang lepas. Dari Dia kita datang, kepadaNYA jua kita kembali.

Sekarang saya sudah mula bekerja, tiada cuti tambahan di ambil. Cuti panjang pun nak pegi ke mana kan. Minggu depan akan pulang semula ke Johor.   




Sepanjang Ramadhan, rumah arwah ayah di baiki lagi. Anai anai sudah mau bikin kerajaan baru pulak dekat tapah rumah tu. Terpaksa korek tebing keliling rumah dan buat pest control sebelum tambak semula. Rumah pun "merajuk" agaknya sebab lama dah anak anak tak balik. Saya je dah almost 3 tahun tak balik ke rumah arwah ayah sebab PKP ni la, bukan boleh nak rentas negeri sesaja kan. 

Semoga cepat C-19 ni berlalu, MySejahtera hari hari tengok...kot la dapat panggilan untuk vacin 😃 

4 comments:

ejulz said...

Amin.. Semoga Syawal tahun depan bebas covid.. Salam Aidilfitri..

Azhafizah MN said...

Selamat hari raya. Syukur kita dapat meraikan raya dengan orang yang tersayang .Al fatihah buat arwah makcik akak. Semoga rohnya ditempatkan bersama sama dengan orang yang beriman. Aaminnn...
Itulah kan, tak boleh sesaje nak merentas. Sedih jugak tak dapat balik kampung. Semoga virus C19 cepat berakhir. Aaaminn....

Ujie Othman said...

Akak pun tak merendang, masak lontong sikit untuk berdua.
Raya paling ringkas dan mudah.

Nina Mads said...

Raya yang tak meriah sgt dgn makanan. Masak apa yg ada huhu. Raya pun dh nk habis