Monday, August 16, 2021

Serawa Pisang

Assalammualaikum semua...

Hari ini, hangat diperkatakan berkenaan PELETAKAN JAWAPAN PM MY dan diterima oleh Agong. Siapa bakal menggantikan jawatan PM masih menjadi tanda ??? dan MY sekarang menjadi PM Caretaker sehingga PM yang baru diumumkan kelak.

Bila tengok MY berucap tadi, terasa sedih pulak. Tapi beliau memang pandai menggunakan emosi dan kita memang senang terusik dengan EMOSI. Kami tak ambik pusing POLITIK MALASIA ni. Kalau yang TIDAK DI UNDI pun boleh 'naik', baiklah tak payah buang duit buat GE. Pada yang 'nak sangat jawatan PM' tu esok2 jawablah part TANGGUNGJAWAB tu ye, jangan tak serupa 'kata' pulak.

Sori ✌, sudut pandangan kita berbeza kalau melibatkan politik negara ni kan. Kalau tidak takkan mungkin ketua2 parti politik negara ni asyik nak BERBALAH je. Depan kemahen baik, mulut maneh ja...belakang kutup pung pang bagai tak ingat dunia. Lantak deme la, janji kita sebagai RAKYAT ni sentiasa diDAHULUI.

Desert petang tadi, cuaca sejuk ni memang sedap kalau dapat merasa sesuatu yang manis, panas suam dan sedap. Nak buat serawa durian, sayang pulak durian tu...kami lebih suka makan buah durian dari di masak serawa 😁. Makanya pengganti bagi durian, sudah tentu pisang menjadi mangsanya.

  • 1 cawan sagu 
  • Air secukupnya
  • 1/2 cawan gula putih 
  • 1 kotak santan
  • Sedikit garam 
  • Daun pandan 
  • Pisang - ikut suka
Basuh sagu dan toskan. Masukkan air dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Setelah itu, masukkan sagu dan kacau sehingga sagu bertukar menjadi jernih dan kembang sempurna. Tapis sagu dan buang air rebusan, bilas dengan air paip untuk membuang kanjinya. Toskan sekali lagi dan ketepikan. Di dalam periuk, masukkan santan, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga mendidih dan sentiasa di kacau. Masukkan sedikit air sekiranya terlalu pekat dan masukkan sagu tadi. Akhir sekali masukkan pisang dan secubit garam. Kacau seketika dan perasakan. Boleh tutup api dapur dan sedia untuk dihidang. 

Kalau kami, memang suka makan serawa sewaktu masih panas2 lagi. Selebihnya boleh disimpan dalam peti sejuk, cuaca panas memang layan di tekak 😋   

5 comments:

Sha Mohamed said...

Tak tengok pun.. dengar sikit-sikit je masa pasang Nasional FM..
Sedap serawa pisang tu.. lama pula tak makan serawa..

Kamsiah yusoff said...

Kalau akak punya malas..tuang sagu tu terus masa kuah dok mendidih haha

Azhafizah MN said...

Semoga next PM dapat menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya. Sedap pengat pisang campur sagu. Lama jugak tak buat pengat.

Warisan Petani said...

Nampak sedap kejadiannya

Amie said...

Memang sedap kalau manis-manis disejukkan dulu. Nikmati di kala cuaca panas memang best!