Thursday, August 12, 2021

Sudah vaccinated

Assalammaulaikum semua...

Jiwa masih terkesan dengan berita kematian penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Lebih terkesan dengan segala kebaikan dan keluarga yang ditinggalkan oleh arwah. Terkesan dengan kisahnya ketika bertarung nyawa demi anak dalam kandungan dan wabak penyakit yang sedang melanda ketika ini. Perjalanan hidupnya telah ditentukan dan sebegitu INDAH sekali ganjarannya. Al Fatihah untuk arwah.

Hari ini giliran suami dapat suntikan for 2nd dose, Pfizer. Selepas ini lengkaplah kami dengan suntikan yang diWAJIBkan pada badan demi untuk melindingi diri dan jugak orang sekeliling dari wabak C-19. Semoga yang baik baik saja untuk kita selepas ini, inshaAllah.

Lepas kena cucuk, suami demand nak makan makanan dekat FamilyMart. Lama katanya tak masuk dalam kedai tu. Memang betul la, sepanjang EMCO ni belum ada lagi kami membeli dekat FamilyMart, order delivery lagilah JAUH. 
   

Dapat jugak barang dua ketul tu untuk suami. Dia easy going person, beli je apa pun dia terima. Asalnya diminta belikan Udon tapi Udon FamilyMart yang femes emes tu selalu habis cepat, dan tadi datang pun dah habis jugak. Takde rezeki nampaknya, tukar saja benda lain asalkan makanan dari FamilyMart 😁

7 comments:

babYpose said...

Salam, Alhamdulillah dah selesai ikhtiar. Sama la lama tak pergi family mart. Rindu..

Suria Amanda said...

Syukur dah complete dose..along 2nd dose nanti 26 September...

Mia Liana said...

kalau ke family mart, suka beli aiskrim dia... sedap...

Sha Mohamed said...

Lama tak ke FamilyMart sebab jauh nak merentas daerah..
Alhamdulillah dah cukup dua dos vaksin..

Kamsiah yusoff said...

Akak punya 2nd dose bln 10 nnt..lmbt benor..

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah dah dua dos. Semoga baik baik je. Best tu dapat upah menu FM yang sedap.

Amie said...

Semoga tenang rohnya di sana. Banyak kebaikan yang dilakukannya sewaktu hayatnya masih ada.
Alhamdulillah. Senang urus suami yang tak cerewet kan.