Monday, September 27, 2021

Tomyam Putih

Assalammualaikum semua...

Menu makan tengah hari kami hari ini, tomyam putih. Selongkar peti sejuk, jumpa sikit sotong, ada sikit lala dan dada ayam seketul. Leburkan semua sekali seperiuk pun tak sampai tapi bolehlah untuk sekali makan. Senang, peti sejuk pun boleh kosongkan dan bersihkan sebelum diisi semula dengan stok bahan mentah yang baru. 

Senang je resepinya ni, cari je apa bahan yang ada dekat dapur tu. Lebur sekali dalam periuk, pasti sedap 😁

  • Isi ayam (bahagian dada) - hiris nipis
  • 2 ekor udang - bersihkan dan potong bulat
  • Lala - bersih dan toskan
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus 
  • 3 biji bawang merah - hiris halus 
  • 1 biji bawang holland - hiris kasar 
  • Perencah tomyam putih brand Adabi
  • 1 bungkus cendawan shitake - hiris kasar 
  • Daun limau purut 
  • 2 batang serai - ketuk 
  • 10 biji cili padi - belah dua tapi jangan putus
  • 1 batang saderi - potong kasar
  • 1 biji limau nipis - ambil jus sahaja
Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Masukkan ayam dan serai, kacau mesra. Kemudian masukkan air secukupnya, perencah tomyam putih dan daun limau purut. Masak hingga mendidih, selepas itu masukkan cendawan shitake, saderi dan cili padi. Selepas itu masukkan lala dan sotong. perasakan dan masukkan jus limau nipis. Bila kuah mereneh, boleh tutup api dapur.   

9 comments:

Syaz Rahim said...

sedap makan dengan nasi panas2 ni kan :)

Warisan Petani said...

Selamat menjamu selera

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

sedap

Ammi said...

ammi suka..tapi yg kat rumah semua suka tomyam merah

Ujie Othman said...

Meriah isi tomyam Ann.

Akak dulu tak pernah masak tomyam putih, tau nya tomyam merah guna pes thai.
Tapi lepas try resepi tomyam putih che nom, terus suka dan rajin buat kalau ada udang kat rumah.

OKje said...

Settle ye Ann hihi…. Hirup panas panas… pergh mmg best. Hakak pun selalu guna Tom Yam putih adabi, kadang campur dua dua , putih merah..

Azhafizah MN said...

Lama jugak tak menikmati tomyam putih. Asyik order tomyam merah je kat kedai. Sedap tu banyakr rencahnya bila masak sendiri.

Suria Amanda said...

Lama la x buat tomyam..eh nak buat la weekend nanti

Nina Mads said...

Tak pernah masak lg tomyam putih.. meriah betul