Saturday, December 11, 2021

De'Muara Ikan Bakar, Kuala Sungai Baru

Assalammualaikum semua...

Salah satu tempat ikan bakar yang kerap jugak kami pergi setiap kali teringin nak makan ikan bakar. Selalu datang tempat ni apabila abang balik ke rumah makcik sebelah isterinya di Kuala Sungai Baru.
 
Dalam 6pm bergerak dari Seremban, masuk ikut Pedas Linggi. Biasanya abang sudah siap pilih ikan dan segala binatang laut untuk dimasak. Kami cuma inform nak makan apa dan jenis masakan. Orang kampung katanya, memang takde masalah kalau bab tempat duduk. Mereka selalu akan datang awal untuk tempah tempat duduk dan pilih ikan. Tapi kalau hujung minggu atau waktu musim cuti memang ramai orang, ada jugak masanya kami kena menunggu...adatlah. Antara makanan pilihan kami;

kepah masak masam manis

ikan masak tiga rasa

pepahat masak halia

ikan bakar

Tapi kali ni makanan rasa macam "biasa biasa" saja, tak sama macam dulu. Dah tukar masak agaknya. Tapi makanan kena habiskan, jangan membazir...duit semua tu. 

Pulang kami ikut jalan dari Port Dickson pulak. Bukan jauh pun, sempadan je. Sempat singgah Waterfrond PD minum lagi pulak.
 

1 comment: