Saturday, December 4, 2021

Not much to update...

Assalammualaikum semua...

Hari ni bersiaran dari Kemaman, balik hari Khamis lepas.  
Tinggallah seketul bulus ni di rumah, tinggalkan makanan dengan minumannya sekali. Tak lupa juga pasirnya juga, bukan 1 bekas tapi 3 bekas sekali. Pepandailah seketul ni bawa diri 😅 Lepas maghrib nanti baru kami gerak balik ke KeeL.

Last weekend visit anak buah, bawa dating sekali. Jumpa sebab nak bagi duit belanja harian. Anak buah almost sebulan kerja di Damansara, belum dapat gaji lagi (sekarang ni dah dapat gaji pertama). 

Itu jelah aktiviti weekend kami setakat ni sebelum sibuk dengan urusan majlis perkahwinan ahli keluarga kami dalam masa terdekat ni jugak. 'Bercuti' tu belum ada lagi dalam agenda, rata rata sekarang semua tempat penuh. Nak ke mana je pun nanti 😑

4 comments:

Warisan Petani said...

Wkmsalam
Kesian si bulus kena tinggal

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Comel si bulus.

mrhanafi.com said...

alhamdulillah...semoga urusan dipermudahkan

Abam Kie said...

pertama sekali kena balik kg bila ada cuti. yg kedua baru gi jenjalan kan?