Sunday, February 20, 2022

Ikan Keli Bakar Masak Pecel

Assalammualaikum semua...

Entry ke dua untuk 2022 walaupun sekarang kita sudah berada pada bulan February. Pastinya setiap dari kita sudah ada 'to do list' untuk tahun ini. Sama juga macam saya, bermula dari January lepas sehingga InshaAllah jika diizinkan Allah hinggu penghujung tahun ini...sudah menanti perancangan untuk setiap dari ahli keluarga. Perancangan yang lama tertangguh dek kerana C-19, 2 tahun kan 'berkurung'. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua, amen.

Baru hujung minggu ni berpeluang pegang kuali di rumah sendiri. Kemahen kan...macam lama benor tak memasak. Tapi memang benar nih, setiap hujung minggu yang sudah asyik makan nasi kenduri saja. Jemputan sentiasa ada, alhamdulillah. Jadi hari ini saya masak di rumah, takut la kan nanti tak pandai masak pulak kalau lama nau tak memasak 😂 Menu hari ni, ikan keli bakar masak pecel.
  
  • 2 ekor ikan keli - salai  
  • Isi cekur - tumbuk
  • Santan kotak
  • 6 ulas bawang merah kecil - tumbuk
  • 1 ulas bawang besar - tumbuk
  • 6 ulas bawang putih - tumbuk 
  • Ikan bilis - tumbuk
  • Cili api 
  • Garam/bahan perasa/gula
  • Air

Rebuskan air dalam kuali dengan kuantiti air ½ dari kuali atau periuk. Dah hampir nak mendidih, masukkan bahan tumbuk dan reneh sehingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan santan, gaul sehingga rata supaya tidak pecah santan. Masukkan ikan dan perasakan. Masukkan sedikit gula untuk menaikkan bau santan dan cekur serta memekatkan kuah pecel. Sedia untuk dihidang.

4 comments:

Sha Mohamed said...

Wah.. sedapnya lauk..

Ujie Othman said...

Sedapnya…
Akak reti makan je lauk ni, tak pernah try buat sendiri.

Berbakat said...

baru tau masakan seperti ini, apa enak gan?

Jasa Pengiriman Barang

Azhafizah MN said...

Okay baru tahu nama masakan ni. Biasa nampak lauk ikan keli masak lemak cili api atau goreng berlada je.