Tuesday, March 1, 2022

Puding Jagung Lumut

Assalammualaikum semua...

Sekarang dah melangkah ke tahun 2022, semoga tahun ini baik-baik saja untuk kita semua. Tak banyak pun perubahan saya di tahun lepas, cita-cita untuk tahun 2022...erm saya tak pernah 'pasang' cita-cita pun. Ikut saja peredaran waktu, 'tujuan hidup' tetap ada...its MUST. 

Minggu ini saya WFH, active kes di tempat kerja dah naik semula selepas cuti panjang CNY yang lepas. Kalau dah naik kes, susahlah nak turun balik active kes tu. Maka terpaksa mulakan semula kaedah WFH bagi mengelakkan peningkatan kes dikalangan pekerja. 

Bila dapat WFH ni, saya ada 'pasang' niat untuk buat puasa ganti dan perbanyakkan puasa sunat Rejab. Alhamdulillah, 'hutang' puasa ganti untuk tahun lepas sudah langsai. Kini cuba teruskan puasa di bulan Rejab pula, inshaallah. Jadilah, keluarlah menu berbuka puasa saya semalam iaitu Puding Jagung Lumut 😁

  • 20gm agar agar tali - bilas dahulu
  • 200ml air
  • 1 cawan gula pasir 
  • 3 skop ais krim vanilla
  • Pewarna hijau 
Bahan kisar halus;
  • 1 tin jagung berkrim
  • 1 tin susu sejat 
  • 1 biji telur gred A
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen jagung
  • Sedikit garam
Masak agar agar bersama air sehingga larut sepenuhnya dan masukkan gula. Masal lagi sehingga gula larut dan tapis. Masukkan semula campuran agar agar tadi ke dalam periuk dan masukkan bahan kisar halus. Gunakan api perlahan dan sentiasa di kacau adunan supaya tidak melekat. Setelah adunan mendidih, masukkan ais krim jagung dan kacau sehingga mendidih sekali lagi. Setelah mendidih, tuangkan adunan ke dalam loyang dan ambik sedikit daripada adunan tadi untuk dicampurkan dengan pewarna hijau. Biarkan adunan di dalam loyang tadi sejuk sedikit sebelum masukkan adunan warna hijau di atasnya. Corak bergantung pada kepakaran masing masing dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk. Potong apabila adunan sempurna keras dan sedia untuk dihidang.   


 

4 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

Sedappnya

Azhafizah MN said...

Sedap ni. Menarik jugak letak pewarna hijau. Tengah berpuasa, berbuka manis manis nikmat betul.

Syazni Rahim said...

tergoda pula menengoknya

Nina Mads said...

Betul walaupun dh masuk thn baru tp tak ada byk perubahan dlm hidup. Sedappp tu