Sunday, July 17, 2022

Nasi Daging

Assalammualaikum semua.

Ada terima sedikit daging korban tempoh hari, saya masak nasi daging saja. Senang masak sekali nasi dengan lauknya, tak banyak periuk nak kena basuh nanti 😅 
  • Beras Basmathi - cuci dan toskan
  • Daging 
  • 3 helai daun limau purut
  • Susu cair 
  • Air - untuk merebus daging
Bahan tumis;
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar marjerin 
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah*
  • 3 inci halia* (* hiris halus)
  • 2 biji tomato - cincang 
  • 2 kaping kiub pat ayam
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis 
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk kurma
  • 2 helai daun pandan 
  • 2 batang serai - diketuk
Rebus daging selama 1 jam atau sehingga daging empuk dan toskan. Apabila daging agak sejuk, hiris nipis dan ketepikan. Renehkan air rebusan daging dengan api perlahan. Panaskan minyak sapi, marjerin dan tumis semua bahan hiris. Masukkan serai, rempah 5 sekawan, jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau. 

Masukkan tomato, gaul rata dan masukkan rempah kari, rempah kurma. Masukkan juga kiub pati ayam dan kacau sebati, masukkan sedikit air jika terlalu kering. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan daging tadi, hirisan daging dan 150ml susu cair. NOTA: kalau nak senang, gunakan periuk nasi untuk semua proses diatas tadi.

Masukkan beras, gaul rata dan masukkan daun pandan. Tekan ON dan biarkan masak seperti biasa. Biasanya kalau hidangan macam ni, saya memang akan makan begini saja. Tak perlu dah nak ada hidangan sampingan.        

2 comments:

Fatimah Nabila said...

senang ja ya, boleh try ni sebab dapat dging korban jugak ni..

Warisan Petani said...

Pasti sedap nasi daging ni