Saturday, August 20, 2022

Ayam Goreng Bawang Putih dan Halia

Assalammualaikum semua...

Permulaan pagi seperti biasa, keluar joging at least today dapat dalam 13km. Balik rumah, take protein milk for breakfast and shower. Go breakfast with husband and bought some groceries. Today ingat nak masak menu yang simple saja, ayam goreng bawang putih dan halia.

beautiful blue hydrangea for morning view

  • 1/2 bahagian ayam - potong sederhana besar
  • Tepung gandum
Bahan tumbuk:-
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
  • Garam
Kelar sedikit bahagian ayam yang banyak daging, agar masak sama rata. Lumurkan bahan tumbuk dan perap selama 30 minit. Panaskan minyak yang agak banyak dan golekkan ayam ke dalam tepung gandum. Ketuk sedikit untuk asingkan lebihan tepung dan goreng secara 'deep fry'. Goreng sehingga masak dan sedia untuk dihidang. Saya suka makan dengan nasi putih, ulam dan sedikit sambal colek.

2 comments:

Amie said...

Bestnya dapat joging sampai 13 kilometer! Saya hanya mampu berangan lari sejauh itu. Berjalan kaki saja yang mampu.

Syazni Rahim said...

lawanya bunga itu