Friday, September 17, 2021

Percubaan masak steak di rumah

Assalammualaikum semua...

Teringin nak makan steak tapi takut nak dine-in dekat resto walaupun dah fully vaccinated. Sudahnya kami beli je daging yang konon-nya wagyu tapi low standard la kot, sebabnya harga tu tak la sampai ratusan ringgit. Kami bukan pandai buat steak ni, kang beli daging memahal buatnya tak menjadi...mau menangis kekesalan pulak. Kesimpulannnya beli bahan utama iaitu daging ikut kemampuan dan keyakinan + keberanian.

Inilah kejadian steak kami, huduh je rupanya. Suami kata 'sedap' tapi kami kurang yakin sebabnya suami kami kalau bab bini masak semuanya sedap, nak jaga hati ken 😂 Tapi bila kami cuba, adalah rasa steak tu tapi tidaklah mencapai standard dekat resto. Boleh diperbaiki lagi, tapi kena selalu masak steak nampak gayanya ni. 

Okay resepi pulak, kami follow bulat2 step seperti Kak Azie buat (credit to Kak Azie post entry) tapi kejadiannya tak secantik steak Kak Azie tu 😅. Takpe...practice make prefect, mana tau lepas ni boleh jadi seperti yang Kak Azie buat kan...inshaAllah. 

Thank you Kak Azie for sharing this resepi dan entry2 masakan yang lain lainnya, sentiasa menerujakan 👍

8 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedap tuuu!. Lapo plak saya.

Etuza said...

Wah hidangan istemewa

Azhafizah MN said...

Asalkan dapat merasa ala ala pun jadilah lepas teringin, kan. Alhamdulillah..pasni boleh cuba bagi prefect lagi :)

Etuza said...

Saya fdah lama follow blog ni ya..

Nina Mads said...

Sama la parents tak berani mkn di kedai walaupun dh ckp 2 dose. Sebab dh vaksin pun boleh kena covid lg. Hehe.. alhamdulillah menjadi steak

Ammi said...

makan kat rumah boleh pakai tangan je..pastu kokak ikut suka hahah

OKje said...

Belum dine lagi ke Ann…
Ha a Kalau ikut mmg seram Tp bila dah tingin, belasah je pegi hihi…
Kami nak beli daging waghyu pun seram apatah lagi makan kat resto hahaha

Suria Amanda said...

Masak Steak x perlu marinate ngan macam2 bahan kan...just steak lumur ngan garam dan black pepper..then grill je...sedap...pas tu buat sos blackpepper...