Saturday, August 20, 2022

Ayam Goreng Bawang Putih dan Halia

Assalammualaikum semua...

Permulaan pagi seperti biasa, keluar joging at least today dapat dalam 13km. Balik rumah, take protein milk for breakfast and shower. Go breakfast with husband and bought some groceries. Today ingat nak masak menu yang simple saja, ayam goreng bawang putih dan halia.

beautiful blue hydrangea for morning view

  • 1/2 bahagian ayam - potong sederhana besar
  • Tepung gandum
Bahan tumbuk:-
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
  • Garam
Kelar sedikit bahagian ayam yang banyak daging, agar masak sama rata. Lumurkan bahan tumbuk dan perap selama 30 minit. Panaskan minyak yang agak banyak dan golekkan ayam ke dalam tepung gandum. Ketuk sedikit untuk asingkan lebihan tepung dan goreng secara 'deep fry'. Goreng sehingga masak dan sedia untuk dihidang. Saya suka makan dengan nasi putih, ulam dan sedikit sambal colek.

Sunday, July 17, 2022

Nasi Daging

Assalammualaikum semua.

Ada terima sedikit daging korban tempoh hari, saya masak nasi daging saja. Senang masak sekali nasi dengan lauknya, tak banyak periuk nak kena basuh nanti 😅 
  • Beras Basmathi - cuci dan toskan
  • Daging 
  • 3 helai daun limau purut
  • Susu cair 
  • Air - untuk merebus daging
Bahan tumis;
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar marjerin 
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah*
  • 3 inci halia* (* hiris halus)
  • 2 biji tomato - cincang 
  • 2 kaping kiub pat ayam
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis 
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk kurma
  • 2 helai daun pandan 
  • 2 batang serai - diketuk
Rebus daging selama 1 jam atau sehingga daging empuk dan toskan. Apabila daging agak sejuk, hiris nipis dan ketepikan. Renehkan air rebusan daging dengan api perlahan. Panaskan minyak sapi, marjerin dan tumis semua bahan hiris. Masukkan serai, rempah 5 sekawan, jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau. 

Masukkan tomato, gaul rata dan masukkan rempah kari, rempah kurma. Masukkan juga kiub pati ayam dan kacau sebati, masukkan sedikit air jika terlalu kering. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan daging tadi, hirisan daging dan 150ml susu cair. NOTA: kalau nak senang, gunakan periuk nasi untuk semua proses diatas tadi.

Masukkan beras, gaul rata dan masukkan daun pandan. Tekan ON dan biarkan masak seperti biasa. Biasanya kalau hidangan macam ni, saya memang akan makan begini saja. Tak perlu dah nak ada hidangan sampingan.        

Tuesday, May 3, 2022

Eid Mubarak

Assalammualaikum semua...Salam syawal untuk kalian semua.

Macam mana sambutan raya tahun ini?!!! Mesti letup letupsss kan...pom pom kebabom. Sambutan saya biasa biasa saja walaupun dah 2 tahun tidak beraya dengan sempurna. Rasanya 2 tahun itu tidak memberi kesan ketara pada saya, malah saya lagi suka kot. Walaupun kita dah boleh bertemu berkumpul ramai ramai tapi tidak bermakna kita tidak terdedah dengan segala faktor kesihatan. Masing masing ada pandangan sendiri, pilihan di tentukan sendiri ✌  

Keluarga abang masih berada di Cameron Highland di malam raya. 
Salam Edul Fitri, maaf lahir & batin. 

Saturday, April 30, 2022

Kek Oren Lembab & Gebu

Assalammualaikum semua...Salam Ramadhan

2 hari ni cuaca sangat panas, kalau hujan pun tak sempat nak basah bumi. Tiada agenda nak berbuka di luar. Ingat nak masak saja apa yang ada. Suami keluar ambik bubur lambuk di Kg Baru, tunaikan permintaan saya. Setiap tahun memang kena ada bubur lambuk dari Kg Baru, saya suka.

Hari ini ada mood untuk baking, iya memang kena ada mood. Kalau tidak memang tidak menjadilah jawabnya apa yang di rancang. Dah lama nak buat kek ni, suami pun setiap minggu mesti request nak makan kek isteri masak. Cuma saya je yang buat tak tau sebab ketiadaan mood. Tapi hari ni, pada malam malam akhir Ramadhan...saya tunaikan permintaan suami. Mudah kan untuk mencari pahala, alhamdulillah. Kek oren lembut gebu isteri hidangkan 💖

  • 1 biji buah limau sunkist - parut kulitnya sedikit
  • 1/2 cawan minyak canola 
  • 1/2 cawan butter cair 
  • 2 cawan gula halus 
  • 3 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sudu besar oren sunquick
Cuci buah limau, potong dan buang biji serta urat putih di tengah tengah. Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus dan tuang bahan kisar ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan parutan kulit limau sambil dikacau sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan gris. 

Bakar pada suhu 170C selama 40 minit atau hingga masak.  

Saturday, April 23, 2022

Eatclean

Assalammualaikum semua...Salam Ramadhan

Sekarang kita telah berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Sangat cepat masa berlalu, terasa macam baru semalam kita mula berpuasa. Pejam celik berkali2 pun masa takkan berubah.

Weekend adalah masa yang paling saya tunggu tunggu, sebabnya hanya masa ini saja berpeluang bersama suami. PJJ ni kalau hati tak kental, memang payah tapi Alhamdulillah kami manage accordingly. Lebih 5 tahun dah, takkan tak kebal lagi kan 😁

Today berbuka menu kami yang simple saja. Suami tak sedap perut, terlebih makan masa berbuka semalam katanya. Semalam ada majlis berbuka puasa dekat company tempat kerjanya. Biasalah kalau dah ramai ramai tu, bercerita bergelak ketawa...makan pun tak berhenti jugak.

Jadi hidangan berbuka kami tadi bertemakan EATCLEAN.
 
salad

detox juice

fruits
Tapi sila percaya, menu ni takkan bertahan lama. Kejab lagi keluarlah kami berdua cari makan di luar saja 😂 

Saturday, April 16, 2022

The Ship @ Pertama Complex

Assalammualaikum & Salam Ramadhan...

Pertama kali saya cuba, try, test makan di sini. Lama sudah teringin nak mencuba tapi belum pernah sekali pun terlajak nak masuk restoran ni. Teringin tak melebihi keinginan kot, itu yang lama pendam tu. Akhirnya tadi saya pergi juga berbuka puasa di restoran ni, suami pun beria mengajak. 

1st impression, bila masuk je terasa macam masuk restoran zaman awal 20an. Entire restoran berlampu malap, ini memang saya kurang suka. Tak berkenan betul dengan lampu jenis menyala dengan tidak macam tu...kita ni dah la rabun tak nampak 😞 Restoran lama suami kata, macam ni la keadaannya masa dia masuk dulu dulu pun.

Even keadaan restoran yang malap, konsep lama tapi STILL ramai pelanggan. No douth it had amassed a loyal customer over 3 decades in this business walaupun begitu banyak steakhouse cafe sekarang ni. Menu mereka pun tetap menu yang sama sejak sekian lama.   
   

Medium rare Charbroiled Rib Eye Steak

Fresh bun yang masih suam suam lagi bersama butter. Ini saya suka, rugi tak habiskan walaupun complement.

Overall, makanan quit okay for my tekak. Boleh repeat kalau teringin. Cuma tak berkenan dengan system pencahayaan saja, malap sangat...memang tak mesra camera ye. Pakai cantik cantik mekap tebal tebal, masuk dalam ni ambik gambo...memang jahanam rupanya 😂 

Sunday, April 3, 2022

2 tahun lepas

Assalammualaikum semua...
Salam Ramadhan...

Masih ingat lagi keadaan kita 2 tahun yang lepas ketika mana kita berpuasa di saat pendamik masih rancak menyerang. Bila fikirkan semula, tak mampu rasanya untuk kita ulang lagi keadaan itu kan. Dalam keadaan kita yang masih terkurung, setiap pergerakan terbatas...apa lagi yang boleh dibuat ketika itu. Setiap hari kita hanya menunggu angka kematian naik, kes kritikal naik, kes positif naik tak turun langsung. Front liner dengan kisah mereka yang tersendiri ketika menanggani C-19. 

Syukur sekarang kita telah sedikit demi sedikit kembali kepada keadaan asal walaupun virus masih ada. Pengalaman, pengajaran, setiap kendiri diri sendiri selama 2 tahun ini harapnya dapat terus dikekalkan demi kelangsungan hidup yang lebih baik. KEBERSIHAN adalah kunci pada setiap tindakan. 
   
Keadaan 2 tahun lepas, ketika nak membeli juadah berbuka puasa. Ada jugak sedikit perasaan rindu keadaan ni, di mana kita tak perlu bersesak sesak dengan orang lain. Sekarang ini saya masih lagi fobia untuk ke tempat yang sesak waima ke mall. Kalau dari muka pintu mall dah nampak ramai manusia, memang tak jadi masuk dah. Penangan pengalaman selama 2 tahun agaknya ni 😷